Assalamualaikum...

In the name of Allah, we created this blogspot with the intention for us to know each other, the family of Allahyarham Tuan Haji Nasar Bin Tinggal or widely known as Pa Ini (short for Bapa Nini).

We are trying to gather the information about the family of this very important person. Obviously, the central person among us is Pa Ini and his wife, who bonded us together and make us one BIG FAMILY.

During his lifetime, Pa Ini is a well-known Saudagar Udang Galah in Tutong town and lived in Kampong Petani, Tutong. He is married with 7 great children, 5 men and 2 women.

If you have any other information which you would like to share in this blog, we would appreciate if you could send your information to keluarga.haji.nasar@gmail.com. Thank you.

Yang jauh kita dekat-dekat kan. Yang dekat kita mesra-mesra kan.


Monday, November 27, 2023

Anak-Anak Haji Nasar bin Tinggal



Pa Ini Haji Nasar bin Tinggal dan isteri Taibah binti Abd Jalil mempunyai 7 orang anak, iaitu 5 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Anak pertama mereka adalah seorang anak perempuan bernama Hajah Saliah binti Haji Nasar bin Tinggal atau lebih dikenali dengan nama gelaran Hajah Tebon, yang telah berkahwin dengan Md Yassin @ Matyassin bin Metassan @ Hassan bin Taib dan mempunyai 16 orang anak.

Anak kedua mereka adalah seorang anak lelaki bernama Haji Md Jaya bin Haji Nasar bin Tinggal yang telah berkahwin dengan Pengiran Nafsiah binti Pengiran Salleh dan mempunyai 8 orang anak. Haji Md Jaya bin Haji Nasar bin Tinggal kemudian berkahwin dengan Hajah Mariam binti Salat dan tidak mempunyai anak.

Anak ketiga mereka adalah seorang anak lelaki bernama Haji Abdullah bin Haji Nasar bin Tinggal yang telah berkahwin dengan Hajah Noralam binti Mataip dan mempunyai seorang anak lelaki. Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat perempuan.

Anak keempat mereka adalah seorang anak lelaki bernama Haji Jeludin bin Haji Nasar bin Tinggal yang telah berkahwin dengan sepupu beliau iaitu Hajah Norsiah binti Abd Ghani bin Abd Jalil. Abd Ghani bin Abd Jalil adalah adik lelaki kepada Taibah binti Abd Jalil. Mereka mempunyai 6 orang anak.

Anak kelima mereka adalah seorang anak perempuan bernama Hajah Termat @ Hajah Diah binti Haji Nasar bin Tinggal yang telah berkahwin dengan sepupu beliau iaitu Haji Raya bin Meludin. Haji Raya bin Meludin adalah anak kepada Halimah binti Tinggal, kakak kepada Pa Ini Haji Nasar bin Tinggal. Mereka mempunyai 8 orang anak.

Anak keenam mereka adalah seorang anak lelaki bernama Haji Gana bin Haji Nasar bin Tinggal yang telah berkahwin dengan Hajah Mahani @ Hajah Kusni binti Haji Mat Sahat dan mempunyai 8 orang anak.

Anak ketujuh mereka adalah seorang anak lelaki bernama Haji Mahadi bin Haji Nasar bin Tinggal yang telah berkahwin dengan Hajah Mahani binti Ahmad bin Maun dan mempunyai 6 orang anak dan seorang anak angkat. Haji Mahadi bin Haji Nasar bin Tinggal kemudian berkahwin dengan Nur Qamarina binti Abdullah dan mempunyai 3 orang anak.


Catitan: Haji Khalidin, 28hb November, 2023.

 

Adik Beradik Haji Nasar bin Tinggal

Pa Ini Haji Nasar bin Tinggal adalah anak kedua hasil perkahwinan diantara Awang Tinggal dan Dayang Anum binti Dollah.

Pa Ini Haji Nasar bin Tinggal telah berkahwin dengan Dayang Taibah binti Abd Jalil dan mempunyai 7 orang anak.

Pa Ini Haji Nasar juga mempunyai adik-beradik saperti berikut.

Seorang kakak bernama Dayang Halimah binti Tinggal yang telah berkahwin dengan Awang Meludin dan mempunyai 3 orang anak.

Seorang adik lelaki bernama Awang Lamudin bin Tinggal yang telah berkahwin dengan Dayang Rokiah dan mempunyai seorang anak. Kemudian Awang Lamudin bin Tinggal juga telah berkahwin dengan Dayang Fatimah binti Yusuf dan mempunyai 4 orang anak lagi.

Seorang adik angkat perempuan bernama Dayang Samimah binti Tinggal yang telah berkahwin dengan Awang Bungsu dan mempunyai 3 orang anak.

Seorang adik angkat perempuan bernama Dayang Jambang binti Meludin yang telah berkahwin dengan Awang Tunjul dan mempunyai 6 orang anak.

Catitan: Haji Khalidin, 28hb November, 2023.